Ramadhan 1429 Hijr Ride

Kepada semua muslimin dan muslimah uncle.D ucapkan assalamualaikum dan...

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 1429 Hijrah


InsyaAllah, kedatangan bulan yang mulia kalini akan dapat memberikan kita hidayah untuk lebih mendekatkan diri kepada Nya. Sama2lah kita ambil kesempatan pada bulan yang mulia ini untuk mempertingkatkan lagi amal ibadah kita kerana bulan Ramadhan adalah sebaik-baik bulan untuk melipat gandakan pahala.

"Apabila kamu berpuasa maka hendaklah berpuasa pendengaranmu, penglihatanmu dan lidahmu daripada dusta dan dosa. Dan janganlah menyakiti hati. Hendaklah kamu hormati dan bersikap tenang pada hari puasamu. Janganlah kamu samakan hari puasamu dengan hari tidak berpuasa."


05-86172622

Bulan puasa bukan sahaja bulan yang baik untuk kita beribadah dan bersedekah kebendaan, oleh yg demikian marilah kita sama-sama ringankan tangan dan akal fikiran mensedekahkan kemahiran dan ilmu-ilmu yang ada dalam diri kita kepada orang-orang lain. Semoga ilmu yang ada pada kita itu menjadi lebih berkat... tak kiralah ilmu fotography ke, ilmu pembasikalan ke... atau ilmu alam ke, tapi jangan lah ilmu hitam lak.

(click on the image to enlarge. click ANYWHERE outside the enlarged picture to return)

Berpuasa itu ibadah, sembahyang itu ibadah, dan membantu kepada yang memerlukan juga satu ibadah. Oleh itu mari kita banyakkan ibadah.

Berbasikal sepanjang bulan Ramadhan
Berbasikal pun ibadah juga... InsyaAllah sepanjang Ramadhan tahun ini uncle.D akan pergi solah berjemaah dimasjid/surau di BBBangi dan kawasan2 yang sama waktu dengannya secara begilir2 - dengan menaiki basikal.
Ramadhan 25~29: Surau al-Madani [BBBangi 3]. Bermula dgn bacaan Ya-Sin pada jam 6:10ptg diikuti dengan doa selamat dan majlis berbuka puasa.
Ramadhan 24: Surau Ab Rahman Auf [BBBangi Perdana]
Ramadhan 23: Masjid UKM
Ramadhan 22: Surau Damai [BBB2]
Ramadhan 21: Surau al-Ikhlas [BBB4T]
Ramadhan 20: Surau as-Sakinah [Tmn Bkt Mutiara S1]
Ramadhan 19: Surau at-Lot5 [BBB3]
Ramadhan 18: Surau al-Mawaddah [BBBangi Mutiara]
Ramadhan 17: Surau sementara BBB15
Ramadhan 16: Surau at-Lot5 [BBB3]
Ramadhan 15: Surau at-Taqwa [BBB6]
Ramadhan 14: Surauat Lot5 [BBB3]
Ramadhan 13: Surau at-Lot5 [BBB3]
Ramadhan 12: Surau al-Ijtihad [BBBangi 1]
Ramadhan 11: Surau al-Falah [BBBangi 6]
Ramadhan 10: Masjid al-Kausar [BBBangi 4]
Ramadhan 09: Surau an-Nur[BBBangi 1]
Ramadhan 08: Masjid UKM
Ramadhan 07: Masjid as-Solihin [Teras Jernang]
Ramadhan 06: Masjid al-Mustaqim [Bakar Baginda]
Ramadhan 05: Surau al-Ehsan [BBBangi 2]
Ramadhan 04: Surau Jubili Perak [BBBangi 4]
Ramadhan 03: Surau as-Sobah [BBBangi 3]
Ramadhan 02: Masjid Bangi Perdana [BBBangi Perdana]
Ramadhan 01: Surau Ab Rahman Auf [BBBangi Perdana]

Sunday, September 7th
Selepas bersahor, berbasikal ke Masjid as-Solihin di Teras Jernang untuk solah suboh. Sesudah itu uncle.D  teruskan bergatih sambil relax2 dipagi hujung minggu dan menikmati kedamaian, keindahan, kesegaran awal pagi dibumi Allah ini.

Sebelah malam pula yakni masuk hari ke-8 Ramadhan uncle.D bergatih beskal ke Masjid Jame'. Selesai bertatawih uncle.D teruskan berkayuh sambil menikmati kesegaran malam. Sampai rumah dah hampir tengah malam. Suboh Isnin berkayuh ke Masjid UKM pula... and the adventure continues as usual.

Friday/Saturday, September 5/6th
Malam 6 Ramadhan: Pergi bertarawih di Masjid al-Mustaqim Kg Bakar Baginda yang terletak diantara rumah  uncle.D  dan Putrajaya. Hujan renyai2 ketika itu membuatkan perancangan asal untuk berbasikal ke Putrajaya selepas bertarawih hampir2 dibatalkan.

Walaubagaimana pun terus juga ke tempat START-FINISH selepas solah sunat tarawih selesai kira2 jam 10:30 malam, kalau tak jadi berkayuh ramai2 mungkin boleh ber TT sahaja dengan cyclists sambil bersahur disitu.

(click on the image to enlarge click ANYWHERE outside the enlarged picture to return)


Tempat biasa berkumpul sebelum berkayuh ialah sekitar koordinat N2 56.470 E101 40.500. Disitu terdapat dua restoran mamak [well known as Mamak Double Troubles]. Pada malam tsb ramai pengunjung disitu - mungkin mereka singgah selepas bertarawih [melihat kpd pakaian masing2]. Pelajar2 IPT berhampiran pun ada. Lama juga kami bersembang mengenai 'pembasikalan' sambil menikmati juadah.




Sebahagian dari cyclists datang dari Shah Alam dan Subang Jaya. Hampir tengah malam sebahagian daripada kami beredar - ada yang tak jadi berkayuh dan terus pulang kerumah masing2. 66% meneruskan kayuhan ikut route Critical Mass bulan lepas.

Semasa berkayuh di Pesiaran Perdana kira2 jam 2:00 pagi [hari Sabtu dah..] berhampiran dengan the Palace of Justice kami terjumpa dengan sekumpulan dua-puluh orang MTBikers dari Damansara.

Catatan Monday~Thursday
Muslimin dan Muslimah di Malaysia mula berpuasa Ramadhan pada hari Isnin, September 1st. Semasa bulan puasa tahun ini  uncle.D berkayuh basikal sebelah malam ke masjid/surau untuk bertarawih dan waktu dinihari untuk solah suboh. Biasanya selepas solah suboh meneruskan kayuhan sehingga hampir terbitnya matahari .