Menjelang Satu Syawal


Asas Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal dari Sudut Syarak - Apabila membicarakan tentang asas penentuan awal Ramadhan dan Syawal dari sudut syarak, ia merujuk kepada panduan yang telah diterangkan oleh Allah S.W.T. dan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. kepada kita iaitu al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama'.

Para ulama' sehingga kini masih berbahas dengan panjang lebar berkenaan isu ini di dalam kitab-kitab mereka yang muktabar. Berdasarkan pedoman-pedoman ini, lahirlah tiga amalan yang berbeza dalam menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan kaedah berikut:

(a) Rukyah (melihat anak bulan)
(b) Hisab falak (pengiraan)
(c) Rukyah dan hisab dengan menggunakan kriteria imkanur-rukyah iaitu menggunakan hisab dalam menentukan kebolehnampakan anak bulan (hilal)

Perbezaan amalan dan cara di atas berlaku adalah berpunca daripada berlainan dalam memahami dan mentafsir maksud ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan. Malaysia mengamalkan cara penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah dengan rukyah dan hisab berdasarkan kepada kriteria imkanur-rukyah. Berdasarkan dalil-dalil al-Quran, hadis dan pendapat ulama' serta kajian astronomi moden, kaedah rukyah dan hisab sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana menepati kehendak syarak.


Dengan bantuan peralatan moden yang canggih yang mampu dimiliki spt GPS, perlukah lagi pergi meneropong anak bulan?
Berdasarkan "handheld GPS" [seperti Garmin eTrex Vista HCx] pada 29-SEP-08 tidak akan kelihatan anak bulan semasa Sunset 7:06pm kerana Moonset berlaku lebih awal yakni pada jam 7:01pm. Perhatikan dalam gambar sebelah - tidak kelihatan "anak bulan" pun ketika matahari terbenam pada tarikh tersebut.











Anak bulan Syawal 1429hijr akan kelihatan pada 30-SEP-08 pada 07:06pm, i.e ketika matahari terbenam. Moonset ialah pada jam 7:43pm - yakni berada diufuk barat selama lebih dari setengah jam selepas matahari terbenam. Confirm, anak bulan Syawal lah tu... Wallahu-alam.

Maka dengan ini izinkan uncle.D tetapkan Hari Raya Aidil-Fitr 1429 Hijr jatuh pada 01-Oktober-2008.












Sunday, September 28th
Pada malam ini bilangan jemaah yang datang bertarawih di surau/mesjid berdekatan kurang dari 50% [manakala dikawasan2 baru mungkin 25%] kerana sebahagian daripada penduduk setempat, terutamanya yang bujang dan yang dibawah separuh umor telah pulang kekampong halaman masing2.

Yang tinggal kebanyakannya yang bermastautin lebih dari 20 tahun - terdiri daripada veterans dan pesara2 yang dah bergelar "datuk" atau lebih tepat "atuk". Terdapat juga yang tidak dapat pulang kerana tugas dan tidak dapat tiket pengakutan awam.

Keluarga uncle.D seperti biasa, akan mula 'bergerak' selepas solah hari raya nanti. InsyaAllah.


Saturday, September 27th
Selepas solah tarawih, 'Dr. G'  dan uncle.D pergi bergatih sejauh 22km sambil menikmati udara segar dan nyaman [kerana hujan disiang harinya] disekitar BBBangi-Sungai Ramal-UniTEN-Kg Bakar Baginda-Sungai Merab. Singgah untuk TT di Restoran Soho.


(click on the image to enlarge 
click ANYWHERE outside the enlarged picture to return) 

Friday, September 26th
Untuk lima hari terakhir Ramadhan, uncle.D bertarawih dan solah suboh berjemaah disurau terdekat sebelum meneruskan kayuhan malam dan awal pagi respectively... syukurlah kerana masih diberi tenaga dan keupayaan oleh Nya untuk beribadah dan beriadhah.

Nampaknya pada tahun ini uncle.D tidak keletihan dan tidak mengantuk seperti pada ramadhan tahun2 terdahulu - mungkin kerana kesederhanaan gayahidup dan pemakanan. Sepanjang ramadhan ini uncle.D kurang mengambil makanan berkanji termasuk nasi dan pulut. Makanan dari Pasar Ramadhan langsung tidak disentuhnya - hanya mengambil makanan bijirin campuran bersama tamar, susu dan jus. InsyaAllah pemakanan ini akan diteruskan selepas Ramadhan kerana terbukti lebih berkesan daripada mengambil supplement dan multi-vitamin...